woizze -XuYiZha-
| Pity him...
Wednesday, 24 April 2013 • 17:00 • 0 comments
Assalamualaikum and
anyeonghaseyo!
Haaa! Lama dah tak speak malay! *TIPU*.
Okay, aku nak cerita satu benda ni. Ni pasal bestfriend aku dengan Jah. Dia
satu-satunya lelaki yang rapat dengan aku dan jah dalam kelas. And dia sendiri mengaku
kat aku dengan Jah yang dia best friend kami. Ish, rasa kekok pulak tulis BM
ni. Mana taknya, dah selalu tulis BI. Tapi tak apa, ada masa, inggeris balik.
Back to story. Aku nak cerita pasal MW
a.k.a bestfriend aku. Aku tak naklah beritahu nama dia yang sebenar. Hari khamis,18.4.2013
lepas, masa terakhir jadual kami, cikgu Tu, guru kelas yang mengajar math tak
hadir. Maybe sakit kut? Jah lepak dengan aku kat tempat duduk aku. Aku dengan
dia ceritalah pasal blogging ni. Lepas tu, dalam lima minit sebelum waktu
persekolahan tamat, MW datang kat aku. Dia duduk kat tempat Amin, kat belakang
aku.
Mulanya dia just duduk aje. Aku dengan jah
masih berborak lagi. Lepas tu tiba-tiba jah bukak cerita pasal brazil dia pergi
tanya MW kat belakang aku. “MW, apasal kau suka Brazil?” then, dia jawab,
“Brazil berjasa dengan aku.” Aku just diam aje sebab aku tak minta sangat pasal
bola sekarang ni. Lain lah kalau musim demam bola. Memang dengan aku-aku sekali
yang berjangkit.
Jah tanya lagi pasal minta pemain bola sepak
itu, pemain ini, rambut itu, ronaldo, entah apa-apa aku pun tak tahu sangat.
Lepas tu MW cerita kat aku. Dia cakap tiba-tiba. Aku tak sedar Jah dah balik
tempat dia, kemas beg, buku bagai. Dia cakap, kalau kau nak tahu, zah, setiap
pagi aku datang masuk kelas, aku tak gembira pun. Tiap-tiap hari aku sedih. Aku
cuma buat-buat gembira je.
AKu terkejut. Then aku tanya dia dia ada
masalah ke? Dia kata kat dia ada banyak
masalah. Aku tanya balik. Mak ayah kau gaduh ke? Dia geleng, lepas tu dia
cakap, mak dengan ayah aku baik aje. Aku rindu kat abang aku. Aku asyik
teringatkan abang aku. Tu salah satu masalah aku.
Aku yang tak tahu cerita sebenar terus
bertanya, kau ada abang ke? Aku tak tahu pun. Aku ingatkan kau anak tunggal.
Dia cakap, taklah, aku ada empat orang adik-beradik. Aku anak ketiga. Aku just
angguk je. Aku tanya lagi. Apasal dengan abang kau? Lepas tu dia jawab, dia
meninggal.
Terkejut lagi. Aku tak tahu pun abang MW
meninggal. Nama abang dia KW. Aku tanya bila dia meninggal. Dia jawab masa dia
primary 4. Dia cakap dia macam traumalah sebabkan kematian abang dia. Dia cakap
abangnya ada kanser paru-paru. Dia cakap dari kaki sampai ke paru-paru. Okay,
part tu memang aku tak tahu kaitannya.
Aku cakap kat dia, lain kali kalau ada masalah,
jangan pendamkan. Cerita aje kat aku dengan jah. Sebab aku dengan diakan
bestfriend, so senanglah dia nak cerita apa-apa kat aku. Selama aku berkawan
dengan dia, ni first time dia luah kat aku. Bukannya apa, memanglah aku rapat
dengan MW tu, cuma aku tak ambil tahu sangat hal dia sebab dia sendiri tak pernah
cerita apa-apa kat aku.
Lepas tu aku pusing ke depan, jah dah tak
ada. Baru aku sedar yang dia balik tempat dia. Aku pusing balik ke belakang,
sambung cakap dengan MW. Aku cakap, luahkan apa-apa yang kau nak luah, jangan
diam dan pendam aje. Aku cakap jugak, kalau dia tak nak share dengan aku, share
dengan BFF laki dia. Pastu dia cakap, dia just share semua tu dengan
Amir je. Yang lain mungkin tak tahu. Okaylah tu, asalkan dia tak pendam.
Bukannya apa, kalau pendam, dia boleh sakit. Dahlah dia tu kurus kering cicak
kubing. Ambik kau!
Ish, memang kesianlah aku dengan MW tu.
Aku tak tahu pun yang dia ada banyak masalah dia lalui sekarang ni. Dia cakap
lagi kat aku, sampai sekarang dia rindukan abang dia. Tapi kematian abang dia
tu macam menghantui dia. Dia ambik beberapa tahun untuk melupakan hal tu. Aku
just dengar je dia luah. Takkan aku nak menyampuk, kena hempuk kang! Padan muka
kau.
Aku nak advise kat readers, kalau ada apa-apa
masalah, sharelah dengan kawan-kawan yang boleh dipercayai dapat jaga rahsia
kita. Kalau pendam nanti kita boleh rasa terbeban. Aku pun macam tu jugak.
Semua rahsia aku, aku share dengan Jah. Dia okay je dengar cerita aku. Okay?
Jangan pendam. Kalau tak nak pun, tulislah kat apa-apa. Kertas ke, buku ke,
atau jeritlah untuk lepaskan tekanan.
Hm, itu ajelah cerita aku hari ni. Serious
aku cakap, aku kesian kat MW. Okay, pergi dulu. Assalamualaikum.
CREDIT TO: d-aehyuns |
Post a Comment